Ahad, 3 April 2011

Hubungan Dipererat melalui Amalan Sedekah

Amalan bersedekah amat digalakkan Islam, justeru ia mendatangkan manfaat tidak terkira banyaknya kepada orang yang bersedekah dan pihak yang menerima sedekah. Pihak yang menerima pula tidak harus berasa rendah diri kerana itu memang haknya selayaknya diterima seperti ditetapkan Islam.


Amalan ini bukan saja dapat menyucikan harta daripada bahagian yang ditetapkan dalam nisab dan haul zakat, malah dapat mendekatkan diri orang yang bersedekah dengan lebihan hartanya daripada sifat kedekut, bakhil, tamak, terlalu sayangkan harta dan merapatkan hubungan persaudaraan ummah secara umumnya. Sedekah ikhlas kerana Allah SWT akan mengalir manfaatnya secara berterusan dan membawa keberkatan selama hidupnya di dunia.
Allah SWT menegaskan harta disedekahkan bukan kerugian kepada pemiliknya kerana akan digantikan dengan yang lebih baik. Firman-Nya bermaksud: “Dan apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka Dia pasti menggantikannya. Dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki.” ( Surah Saba, ayat 39).


Menurut Ibrahim bin Muhammad ad-Dabi’i dalam kitabnya, al-Sadaqat wa Atharuha ’ala al-Fard wa al-Mujtama’ (1988), sedekah berasal daripada perkataan al-sidq yang bermaksud jujur dalam perkataan dan perbuatan. Justeru, amalan bersedekah mesti lahir daripada hati yang yakin akan janji Allah, serta dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.”


Zakat juga dikategorikan sebagai sedekah yang wajib. Menurut Imam al-Asfahani pula dalam kitabnya, Mufradat Alfaz al-Qur’an, sedekah adalah harta yang dikeluarkan seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Memberikan sedekah hukumnya adalah sunat, manakala membayar zakat hukumnya wajib. Namun begitu, zakat yang ditunaikan kepada golongan yang berhak menerimanya juga dapat dikategorikan sebagai sedekah jika diniatkan dengan betul.


Dalam surah al-Taubah ayat 80, Allah SWT menjelaskan lapan golongan berhak menerima zakat iaitu golongan al-fuqara (fakir), al-masakin (miskin), al-amilin alaiha (amil), al-mualafat qulubuhum (yang baru memeluk Islam), al-Riqab (hamba yang tidak mampu memerdekan diri), al-Gharimun (golongan berhutang yang tidak mampu membayarnya), fisabilillah (di jalan Allah iaitu segala keperluan masyarakat seperti pembiayaan perubatan, pendidikan dan memerlukan) dan Ibn al-Sabil (musafir dalam perjalanan, yang dalam kesempitan dan kesusahan).


Alangkah indahnya ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menunaikan sedekah yang wajib (zakat) dan sedekah yang sunat. Namun amalan ini mestilah dihindarkan daripada perasaan menunjuk-nunjuk (riak), bangga diri (ujub), takbur dan mengungkit kerana ia akan menghapuskan pahala diperoleh, ibarat mencurah air ke daun keladi. Ketika masyarakat kita dihimpit kenaikan kos sara hidup seharian yang membebankan, maka seharusnya golongan yang diberikan lebihan rezeki dan nikmat oleh Allah SWT berasa terpanggil untuk meringankan kesempitan dialami oleh orang lain. Ingatlah harta yang dimiliki bukanlah hak milik mutlak sendiri semata-mata dan kesemuanya pasti ditanya Allah SWT di Mahsyar nanti mengenai bagaimana cara pemerolehan dan perbelanjaannya. Tanggungjawab sosial ini juga harus disedari pertubuhan, organisasi, yayasan serta pihak berkaitan dalam kerajaan untuk berikhtiar meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan.


Antara fadilat bersedekah disebutkan Anas bin Malik RA: “Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah (SWT), dan menghindarkan (orang bersedekah) daripada kematian yang buruk (su’ al-khatimah)”.


Hadis ini diriwayatkan Imam al-Tirmizi. Ibn al-Qayyim berkata bahawa Baginda Nabi SAW adalah seorang yang paling banyak bersedekah, tidak kira dalam keadaannya hartanya banyak ataupun sedikit, serta tidak pernah berasa khuatir akan jatuh miskin kerana bersedekah.


Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bantulah mereka yang memerlukan sekadar termampu dengan harta, tenaga dan apa juga cara yang boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

Penulis :

pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rabu, 2 Mac 2011

Al-ulma' warisatul Anbiya'

Seorang bergelar guru amat dipandang tinggi, malah panggilan 'cikgu' tidak akan lekang di bibir setiap murid yang pernah mewarisi ilmu daripadanya. Hatta, bekas guru yang bertukar profesion pun tetap dipanggil cikgu.

Tidak dinafikan peranan guru amat besar dalam masyarakat. Tanya setiap orang yang berjaya dalam hidupnya, tiada yang cemerlang tanpa didikan seorang guru.
Betapa berpengaruhnya seorang yang bergelar guru, penulis masih ingat sehingga hari ini setiap guru yang pernah mengajar sejak di tadika sehingga sekolah menengah. Cuma masih belum ada kelapangan untuk menziarahi mereka.

Masih terkenang beberapa guru yang sudah meninggal dunia, walaupun sudah tiada, suara mereka masih berulang-ulang memberi ilmu dan nasihat. Sebab itulah ada kala terlupa yang mereka sudah berhijrah ke alam baka. Yang mampu dikirim hanyalah ingatan dan doa.

Hari ini, peranan guru tetap sama. Mereka menyampaikan ilmu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membimbing akhlak pelajar supaya seiring dengan kebolehan akademik yang menjadi objektif hakiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cuma, ada segelintir guru yang cuba mengambil kesempatan atas kepercayaan ibu bapa yang meminta mendidik anak mereka menjadi orang bijak dan terhormat. Laporan murid dicabul, diliwat dan diperkosa oleh guru menyentak banyak hati.
Ada juga guru menjadi pembekal rokok dan dadah kepada pelajar, seperti pernah tersiar di akhbar sedikit masa dulu. Siapa tidak terkilan jika mengetahui guru yang sepatutnya menunjukkan peribadi terbaik terhadap pelajar mencuri peluang melampiaskan nafsu kepada murid cilik.

Sedangkan setiap guru adalah orang yang sedia berilmu dan mereka yang berilmu adalah pewaris para anbiya’. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Sesungguhnya orang yang berilmu (ulama) itu adalah pewaris nabi-nabi.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Sebagai pendidik, guru wajib mempunyai pekerti mulia yang bukan saja menjamin kecemerlangan pendidikan, juga sebagai modal mentarbiahkan insan. Tiada siapa mahu mendengar kata orang yang alpa, taat kepada pelaku maksiat, apatah lagi menadah ilmu daripada seseorang tidak berakhlak.

Kualiti seorang guru sangat penting dalam membina sahsiah pelajar, sebab itu mereka harus ikhlas, berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul, seperti mana Rasulullah SAW sebagai guru setiap umat Islam kerana Baginda mencukupi ciri contoh ikutan yang baik.

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.” (Surah Al Ahzab, ayat 21)

Sebagai penggerak utama yang menyumbang kepada kemajuan sesuatu bangsa melalui pendidikan rasmi, guru perlu menjaga nama baik profesion mulia ini. Sikap sebahagian kecil guru menggunakan peluang bersama pelajar untuk berbuat sesuatu tidak baik amatlah dikesali.

Guru harus memaksimumkan ruang yang ada bersama generasi pelapis negara untuk memastikan anak harapan negara dan agama terdidik sempurna dengan ilmu pendidikan formal, juga adab dan nilai murni.

Jangan pula guru yang menjadi orang harapan ibu bapa membantu membina sahsiah anak menjadi ‘pagar yang makan padi’. Bayangkan apa akan berlaku jika guru menjadi ancaman kepada pelajar.

Dengan perubahan masa, profesion guru ada kala bukan pilihan utama, tetapi terpaksa memikulnya kerana tidak berpeluang meneroka kerjaya lain. Kerana itulah bukan semua guru ikhlas menggalas tanggungjawab mendidik.

Walaupun pelbagai kejadian buruk berlaku akibat salah laku guru terhadap pelajar adalah kes terpencil, ia tidak bermakna perkara ini harus dipandang enteng. Ia juga tidak bermakna senario ini akan berakhir dan hilang dengan sendirinya.

Kesedaran perlu dipupuk melalui tarbiah mental dan rohani supaya setiap yang bergelar guru tahu menggalas tanggungjawab sebagai model insan yang meneraju pusat penyebaran ilmu dan amal, tidak seperti kerjaya lain.


Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

Penyuburan Kasih Sayang melalui Islam

Masyarakat jahiliah adalah golongan yang jahil terhadap Allah SWT dan bersikap keras. Kebanggaan mereka adalah ketika mampu menyelesaikan segala permasalahan dengan kekerasan dan peperangan.

Mereka merendahkan kaum yang kalah, lemah dan sering kalah dalam peperangan.

Kuda, pedang dan anak lelaki yang kuat merupakan simbol dibanggakan masyarakat jahiliah di zaman Rasulullah SAW.

Dalam keadaan seperti itulah Rasulullah SAW diutus Allah SWT untuk mengubah fenomena kekerasan dengan kasih. Mengubah kebencian dengan sayang dan peperangan dengan perdamaian.

Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT hanya memberikan kasih sayangnya kepada hamba-hambanya yang penuh kasih (riwayat at-Tabrani)."

Bagaimanapun, melabel Islam sebagai agama keganasan atau suka berperang adalah suatu kesilapan.

Begitu juga tindakan-tindakan sebahagian umatnya yang mencemar kesantunan dan lemah-lembut Islam.

Dalam kitab Mizanul Hikmah Imam al-Baqir pernah berkata: "Agama (Islam) ini tidak lain adalah cinta."

Al-Aqra' ibn Habis at-Tamimin suatu hari melihat Rasulullah SAW mencium kedua cucunya, Hasan dan Husain.

Dia yang hairan kemudian berkata kepada Rasulullah: "Aku adalah orang yang punya 10 anak. Namun, aku tidak pernah mencium seorang pun antara mereka".

Rasulullah SAW kemudian menjawab: "Sesungguhnya orang yang tidak punya kasih sayang tidak akan dirahmati (Allah SWT) (riwayat Ahmad)."

Al-Aqra' melihat bahawa kelembutan dan kasih sayang hanya tumbuh daripada sifat lemah iaitu tidak berdaya dan kehinaan.

Padahal, kekuatan dan kebesaran yang sesungguhnya adalah jika individu itu mampu menampilkan kelembutan dan kasih sayang.

Kelembutan dan kasih sayang mampu menjadi kaedah ampuh dalam berdakwah dan menyelesaikan permasalahan.

Rasulullah SAW pernah bersabda: Kelembutan yang ada dalam segala sesuatu akan menseimbangkannya, dan kekerasan dalam segala sesuatu akan memburukkannya (riwayat Muslim)."

Rasulullah SAW mampu mengganti fenomena kekerasan masyarakat jahiliah zaman itu dengan kasih dan kelembutan yang diberikan oleh Allah SWT kepada beliau. Dengan kelembutan itulah dakwah beliau berhasil.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu... (ali-'Imran: 159)

Bangsa kita seharusnya mampu menjadi bangsa yang santun, prihatin dan rasa kasih sayang kepada semua orang yang memerlukan, termasuk mereka yang memerlukan bimbingan keagamaan kerena akidahnya yang sesat.

Berdakwah kepada mereka seharusnya dilakukan dengan santun dan penuh kebijaksanaan (bil hikmah) lalu didukung perkataan baik (mauizahtul hasanah) atau dengan dialog (mujadalah).

Kelebihan Berilmu

Manusia yang mendapat sanjungan Allah SWT adalah golongan yang menyampai dan mendidik masyarakat. Mereka meneruskan segala kerja-kerja yang ditinggalkan Rasulullah SAW dalam menyempurnakan syariat ummah.


Inilah golongan yang disebut sebagai ulama atau orang yang berilmu dan menjadikan hidup sebagai hamba agama dalam mentarbiah masyarakat agar mengenal pencipta.


Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11).

Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama. Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar.

Mereka penerus dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia. Mendidik dan mentarbiah jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham mengapa kita diciptakan dan diletakkan di dunia sebagai hamba.

Melihat kepada pengorbanan golongan ulama yang terlalu besar ini, maka kolum kali ini akan membincangkan tentang kelebihan ilmu dan ulama.

Masyarakat kita lazim memanggil golongan yang alim dan fasih dengan ilmu agama sebagai ulama. Bahkan kerap kita mendengar panggilan ulama itu dilengkapkan lagi tambahannya Al-Alamah yang bermaksud sangat alim sebagai meninggikan lagi dan memuliakan golongan berjasa itu.

Ulama berperanan meneruskan penyebaran risalah kerasulan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dalam tiga bentuk sasaran yang khusus.

Pertama, membentuk akidah ummah (kepada siapa sembahan kita); Kedua, memahamkan tentang syariat (bagaimana kehidupan dan ibadah sebagai seorang mukmin) dan ketiga, membimbing gerak langkah umat supaya tidak ada rasa takbur dan riak dengan amalan dan sentiasa menjadikan Allah dan Rasul sebagai cinta utamanya.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Menuntut ilmu itu adalah fardu (wajib) ke atas setiap muslim (lelaki) dan muslimah (perempuan) (riwayat Muslim)."

Lalu ulama menghuraikan, yang dimaksudkan ilmu yang wajib itu ada tiga bahagian iaitu:

i. Akidah atau tauhid yang membincangkan tentang pegangan dan keyakinan kepada Allah.

ii. Fiqh atau syariah yang memahamkan tentang kehidupan, bagaimana cara beribadat dan sebagainya yang merangkumi keseluruhan kehidupan manusia.

iii. Tasauf atau akhlak sosial yang membimbing perilaku dan hati supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh merosakkan ibadah seperti riak, ujub, sum'ah dan sebagainya.

Dengan ketiga-tiga ilmu tadi maka lepaslah kewajipan seorang manusia itu dari tuntutan agama.

Jelas bahawa tugas sebagai ulama itu bukan sekadar menjadi imam dan berkhutbah di masjid, surau atau madrasah tapi besar sekali tanggungjawab yang Allah pikulkan ke bahu mereka.

Rasulullah bersabda: "Ulama adalah pewaris kepada nabi-nabi." Oleh itu tidak hairanlah mengapa golongan ini sangat dimuliakan oleh Allah SWT.

Kata Ibnu Abbas r.a: "Bagi mereka (ulama) itu beberapa darjat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus darjat, jarak antara satu darjat dengan satu darjat itu sejauh perjalanan lima ratus tahun, seperti jarak di antara langit dan bumi."

Dan daripada Ibnu Abbas r.a lagi: "Bahawasanya Allah SWT bermegah-megah kepada para malaikat tentang usaha dakwah ulama, seperti bermegah-megah ia dengan darah orang yang mati syahid."

Lihatlah darjat dan kemuliaan yang Allah berikan kepada ilmuan islam atas usaha keras mereka menyebarkan agama Allah yang indah.

Jika kita mengkaji kemuliaan bangsa kita, mengapa orang Melayu dihormati dan disegani, menjadi bangsa yang bermaruah, mestilah juga kerana agama Islam yang menjadi anutan dan pegangan.

Namun siapa yang membawa kemuliaan agama itu kepada kita suatu ketika dahulu? Siapa yang mengislamkan Parameswara dan menukar kerajaan Melaka menjadi kerajaan Islam yang sangat berpegang teguh dengan prinsip agama. Bila ditanya siapa mereka, tentu sekali jawapannya adalah ulama.

Kemuliaan dalam menuntut ilmu

Di era kehidupan kita sekarang, masih banyak bahkan terus berkembang institusi-institusi yang mendidik umat menjadi golongan yang berilmu.

Ini sangat perlu agar ada keseimbangan antara golongan professional dan ulama.

Oleh itu, tidak benar dakwaan mengatakan andai seseorang belajar agama maka kehidupan di usia tua tidak berfungsi kepada masyarakat.

Tegas dikatakan di sini, semua itu adalah dakyah-dakyah musuh Islam yang menanamkan ideologi dalam pemikiran umat bahawa ilmu agama itu jumud.

Apabila adanya pemikiran seperti ini maka tentu sekali timbul pandangan-pandangan negatif dan sinis terhadap anak-anak muda yang menuntut di bidang agama. Pelbagai kata-kata nakal seperti kononnya nanti tidak ada kerja, masa depan yang tidak cerah dan sebagainya yang sangat menyedihkan.

Oleh itu, perlulah saya betulkan di sini bahawa rezeki diperolehi dengan cara dan tahap usaha seseorang. Bukan kepada bidang pengajian yang dipelajarinya.

Perbezaan seseorang itu adalah dengan ilmu dan keimanan, bukan pangkat atau keturunan. Seorang tokoh bukan Islam, Aristotle berkata: "Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya."

Namun apa yang penting adalah kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu itu sudah dijamin oleh Allah SWT.

Seperti kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a: "Barang siapa yang berada di jalan menuntut ilmu, maka adalah syurga itu di dalam tuntutannya. Dan barang siapa yang ada ia dalam menuntut (mengerjakan) maksiat, maka adalah neraka itu di dalam tuntutannya."

Kita menyaksikan bagaimana kehebatan bangsa Jepun dihormati dan disegani kerana penguasaan mereka terhadap ilmu teknologi.

Umat Islam telah memiliki kegemilangan ilmuwannya kerana ramai tokoh ulama yang bukan sahaja mahir di bidang syariah bahkan mereka mempelopori teknologi, falsafah, perubatan dan sebagainya.

Ini menunjukkan agama tidak memisahkan sama sekali antara ilmu syariat dan kemajuan teknologi. Bahkan seorang yang berjaya itu adalah mereka yang sangat takut kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kemajuan hidup di dunia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ilmu itu adalah bendaharaan (khazanah ternilai), anak kuncinya adalah bertanya, maka bertanya olehmu. Maka diberi pahala kepada empat orang. Pertama: Orang yang bertanya. Kedua: Orang alim. Ketiga: Orang yang mendengar. Keempat: Orang kasih kepada mereka."

Dalam riwayat yang lain menceritakan kelebihan orang menuntut ilmu itu sehinggakan bila mana berjalan pada setiap langkahnya gugur segala dosa dan dihitung setiap langkahnya dengan kebajikan lalu digandakan amalan.

Maka wajarlah bagi ibu bapa sentiasa memotivasikan anak-anak agar memahami konsep sebenar dalam menuntut ilmu agama. Ia adalah sesuatu yang besar, bukan sekadar untuk pengetahuan biasa.

Kata seorang ulama dalam kitabnya Al-Hikam Ibnu Ataillah: "Barang siapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya itu."

Maka alangkah hebatnya remaja kita di Malaysia ini andai mereka mendalami ilmu agama, mengenal penciptanya dengan sebenar-benar kenal lalu bercinta Allah.

Sabtu, 26 Februari 2011

Zikir Berkesan Untuk Sembuhkan Penyakit

Persoalan Agama

Umat Islam digalak tabah, berusaha rawat sakit asalkan ikut peraturan agama

Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perbanyakkanlah membaca La Haula Wa La Qawwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan". Soalan saya: Apakah penyakit itu?

Umat Islam digalak tabah, berusaha rawat sakit asalkan ikut peraturan agama

Hamba-Nya,
Kuala Lumpur.

Jawapan:
Alhamdulillah , wassholatu wassalam ‘ala rasulillah, waba’d. Hadis itu adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu. (Maksudnya: Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan).

Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Contohnya seperti hadis riwayat Abu Daud, daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).”

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”

Saudara, apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah.’ Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan [kemudaratan] dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit. Wallahua’lam.

INFO: SEBARANG kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat
Berita Minggu, Berita Harian
Sdn Bhd, Balai Berita,
31 Jalan Riong, 59100
Bangsar, Kuala Lumpur.





Zikir Berkesan Untuk Sembuhkan Penyakit

Jumaat, 25 Februari 2011

Konsep Tadhkiyyah Terapi Batin Rawat Penyakit hati

Pada prinsipnya, insan diciptakan Allah SWT dalam keadaan fitrah. Dapat difahami insan dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih daripada sifat tercela. Namun begitu, dalam proses perkembangan sebagai seorang manusia, perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan mengujinya untuk menjadi insan terpuji. Islam memberi panduan bahawa jiwa setiap insan perlu disuburkan dengan nilai rohaniah yang berfungsi sebagai pelengkap kepada akhlak manusia.

Justeru, nilai dinyatakan itu menjadi pendorong dan pemangkin kepada seluruh perlakuan dan tingkah laku manusia yang memantulkan tindakan yang bersifat mahmudah seperti amanah, sabar, toleransi, ikhlas, bertanggungjawab, berfikiran positif dan sebagainya. Kepentingan menghayati nilai terpuji yang diutarakan Islam bertujuan memberi panduan kepada jiwa insan supaya selari dengan konsep khilafah dan khalifah al-ard.
Proses melahirkan insan yang memiliki hati budi luhur memerlukan unsur yang bertindak sebagai daya membentuk acuan keperibadian unggul. Bagi memenuhi aspirasi objektif murni itu, konsep tadhkiyyah dilihat sebagai mekanisme yang penting untuk membersihkan jiwa manusia daripada dicemari unsur yang menghalang pintu hati daripada menerima hidayah Ilahi. Dengan kata lain, nilai terkandung dalam konseptual tadhkiyyah dilihat sebagai ejen penyucian bersifat dinamis bagi membersihkan zahir dan batin manusia melalui terapi rohaniah. Di samping itu, ia turut membersihkan sistem jaringan manusia sama ada membabitkan interaksi manusia dengan Allah, sesama manusia, alam dan juga makhluk lain.

Oleh kerana insan dikategorikan sebagai makhluk dwidimensi iaitu zahiriah dan batiniah, ia dianugerahkan potensi istimewa sama ada cenderung kepada kebaikan atau sebaliknya. Meskipun manusia diberi alternatif memilih dua jalan itu atas kapasitinya sebagai khalifah al-ard, namun ia bertanggungjawab sepenuhnya di atas pilihan itu.

Ini kerana, manusia dikurniakan keupayaan istimewa berbanding makhluk lain iaitu potensi akliah, rohaniah, jasmaniah dan bimbingan wahyu bersesuaian dengan fungsinya memakmurkan alam ini. Atas keperluan ini, konsep tadhkiyyah dilihat sebahagian daripada keperluan rohaniah yang penting kepada manusia sebagai persediaan mencapai kedudukan tinggi atau dikenali sebagai insan kamil.

Dalam mengupas persoalan ini, intelektual falsafah Islam seperti al-Ghazali dalam karyanya bertajuk ‘Keajaiban-keajaiban hati’ memberikan pandangan konsep tadhkiyyah digagaskan Islam perlu mencakupi unsur nilai tertentu. Pada asasnya, unsur itu perlu dicantumkan untuk membentuk kerangka asas kepada konsep tadhkiyyah seperti dituntut syarak.
Unsur nilai yang dinyatakan adalah seperti berikut:

  • Taharah yang memberi konotasi menyucikan tubuh badan manusia daripada najis dan benda kotor pada syarak;

  • Membersihkan anggota tubuh badan manusia daripada perbuatan atau tindakan yang diklasifikasikan sebagai dosa;

  • Membersihkan pandangan mata hati manusia daripada tingkah laku dikategorikan sebagai akhlak yang buruk dan dikeji syarak;

  • Membersihkan aspek batiniah manusia daripada memfokuskan perhatian kepada semua perkara melainkan kepada Allah SWT;

  • Ibadah yang memberi maksud mengabdikan diri kepada Allah SWT secara mutlak;

  • Dhikir bermaksud manusia sentiasa melazimi mengingati Allah dan mengiktiraf kebesaran-Nya secara istiqamah setiap masa;

  • Doa sebagai makhluk yang lemah, manusia sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon bantuan dan pertolongan;

  • Taubat manusia sentiasa menginsafi setiap tindakan yang dilakukan dan mendisiplinkan diri memohon keampunan kepada Allah ke atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan;

  • Sabar yang menjadi sebahagian daripada nilai luhur yang dituntut untuk dihayati oleh setiap manusia. Melalui nilai itu, ia dapat meningkatkan daya ketahanan dalaman diri manusia bersabar menerima segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah;

  • Muhasabah iaitu apabila wujudnya penghayatan nilai ini dalam diri manusia, ia akan membuka pintu kesedaran pada hati dan akal manusia untuk menilai dan mengkritik setiap tindakan yang dilakukan menurut pertimbangan syarak.

    Justeru, apabila wujudnya keharmonian, unsur yang dinyatakan dalam ruang lingkup konsep tadhkiyyah, ia menjadi panduan kepada manusia untuk diterjemahkan dalam tindak-tanduknya. Hakikatnya, perbuatan manusia yang diwarnai konsep tadhkiyyah ternyata memberi kesan positif terhadap perlakuannya.

    Ini kerana konsep itu dilihat sebagai terapi batin bagi merawat penyakit rohani yang dihadapi manusia. Jiwa manusia yang bertuhankan hawa nafsu sering gemar kepada perlakuan keji seperti hasad dengki, tamak, menipu, rasuah, membunuh, berzina dan sebagainya. Dengan kata lain, jiwa manusia yang terpengaruh kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu akan menzahirkan nilai tercela dalam tindakan mereka.
  • Isnin, 21 Februari 2011

    Usia muda Perlu di suburkan dengan Keimanan

    Kesibukan bekerja, bersukan serta berhibur buatkan remaja lupa merawat penyakit rohani.

    Sifat manusia adalah suka menghambakan diri kepada tuannya yang suka menolong, melindungi dan suka mengambil berat. Atau dengan kata lain, manusia rela mengabdikan diri kepada sesiapa yang dicintainya.

    Hakikatnya, cinta yang teratas adalah cinta antara makhluk dengan Pencipta-Nya. Usia muda tidak akan bertahan kerana ia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tiba masa tua. Setiap detik berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan.

    Jika masa remaja tidak digunakan sebaiknya, pasti akan meninggalkan kenangan pahit pada hari tua. Masa tua segala-galanya tiada yang indah, kudrat tenaga sudah semakin lemah, selera makan kian menurun meskipun disajikan makanan lazat, sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal melawan penyakit menjadi semakin lemah dan keterbatasan tidak melingkungi dirinya.

    Dalam keadaan sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga. Oleh itu, mensia-siakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah derita, menanggung penyesalan, menyesal kemudian hanya satu kesengsaraan.

    Memandangkan usia manusia amat terbatas, masa diperlukan dengan berjimat dalam usaha membentuk nafsu dan jiwa untuk persediaan menjadi hamba Allah yang muttaqin.

    Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih serta berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.(Surah Al-Asr, ayat 1-3)
    Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Kami kisahkan kepada engkau perkhabaran mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan dan Kami tambahkan mereka itu dengan petunjuk.” (Surah Al-Kahfi, ayat 13)

    Tingkah laku sosial sebahagian umat Islam ketika ini tanpa mengira kedudukan tua atau muda, berpendidikan atau tidak semacam tergambar betapa lemahnya akidah dan keimanan mereka. Kehidupan mereka semakin kalis dengan tuntutan agama.

    Dalam situasi kekeluargaan, ibu bapa seperti hilang panduan, dalam institusi pendidikan, guru seperti buntu dari segi pendekatan dan dalam komuniti bernegara, masalah sosial makin sukar dibendung.

    Walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan remaja tetapi hakikatnya ia berlaku tanpa mengira umur dan latar belakang. Ulama Islam sepakat mengatakan akidah tauhid adalah dasar paling utama untuk mengenal Allah.

    Ia juga menjadi pokok pemikiran membentuk kerangka perjuangan membina tauhid secara sepadu di samping mengandungi ajaran yang seimbang antara jasmani dan rohani, antara kebendaan serta kemanusiaan.

    Selain mendasari pemikiran, akidah juga mendasari amalan. Sebaik mana sekalipun amalan seseorang, ia tidak akan diterima Allah kecuali dilakukan oleh orang beriman yang berpegang kepada akidah yang benar dan sah.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman ada mempunyai 70 atau mempunyai 60 cabang, maka yang sebaik-baik ucapan perkataan Laa Ilaha Ilallah dan serendah-rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan malu itu sebahagian daripada cabang iman.” (Hadis Muttafaqun Alaih)

    Memandangkan iman boleh bertambah dan berkurang, marilah kita berusaha menambah serta menyuburkan keimanan kita melalui amal salih yang merangkumi ibadat umum dan khusus.

    Membiasakan sunnah, akan dapat memelihara yang wajib, meninggalkan yang makruh akan dapat menghindari yang haram.

    Sebagai manusia biasa, kita mudah untuk membuat rawatan penyakit jasmani tetapi bagaimana pula usaha mengesan dan merawat penyakit rohani jika sentiasa dilalaikan dengan kesibukan bekerja, keseronokan bersukan dan keasyikan berhibur?

    Hanya iman saja dapat memandu dan menentukan jalan yang benar seperti kisah Saidina Umar bin Al-Khattab yang mengajak sahabatnya menambahkan iman mereka dengan memperbanyakkan zikrullah.

    Diriwayatkan oleh Abu Jaafar daripada datuknya Amir Habib, seorang sahabat Rasulullah SAW katanya yang bermaksud: “Iman itu bertambah dan berkurang, lalu sahabat bertanya: Bagaimana bertambah dan berkurang? Jawabnya: Apabila menyebut dan mengingati Allah dan memuji-Nya (mengucapkan Alhamdulillah) serta menyucikan-Nya (menyebut Subhanallah), maka itu menyebabkan iman bertambah.”

    Penulis ialah Naib Juara Program Imam Muda terbitan Astro Oasis

    Ahad, 20 Februari 2011

    Kewajipan Berdakwah Kepada Muslim

    Tugas Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama sekali gus mengiktiraf Baginda sebagai rasul utusan Allah SWT adalah menyampaikan dan mengajak manusia kepada jalan kebenaran iaitu jalan Allah SWT, pada masa sama mencegah daripada terjebak dengan kemungkaran.

    Justeru, dakwah menjadi tugas warisan daripada Rasulullah SAW kepada setiap umatnya tetapi hanya segelintir yang memandang dakwah sebagai perkara besar dan keutamaan dalam kehidupan.
    Mungkin ramai orang Islam hari ini berpandangan tugas dakwah boleh dilucutkan daripada pertanggungjawaban mereka kerana sudah wujud agensi kerajaan khususnya di bawah Jabatan Agama Islam Negeri yang mempunyai Unit Dakwah.

    Ditambah pula adanya organisasi dakwah sukarela seperti Angkatan Belia Islam (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan yang berkaitan kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang aktif menjalankan aktiviti dakwah dalam konteks serta kemampuan tersendiri.

    Ini menambahkan lagi tanggapan bahawa tugas dakwah boleh diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab atau dalam erti kata lain mereka yang bekerja makan gaji dengan organisasi berkenaan.

    Umat Islam seharusnya menyedari tanggungjawab dakwah adalah kewajipan semua. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.”

    Firman Allah SWT lagi bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)
    Daripada kebanyakan lapangan dakwah yang pelbagai itu, ada satu cabang dakwah sangat penting dan utama bagi seseorang Muslim khususnya lelaki iaitu menganjurkan kebaikan serta mencegah kemungkaran kepada keluarga.

    Allah SWT memberi amaran keras bermaksud: “Wahai orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat 6)

    Berdasarkan ayat itu jelas bahawa dakwah untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran harus bermula terlebih dulu dari dalam diri, ahli keluarga seterusnya kepada masyarakat. (Surah Ali-Imran, ayat 104)

    Sabtu, 19 Februari 2011

    Kewajipan Beriman Dengan Injil

    Firman Allah S.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 285 (yang bermaksud): “Rasulullah sudah beriman kepada apa yang diturunkan kepada Tuhannya dan juga orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-Nya, dan kitab-Nya”Antara rukun Iman yang wajib kita yakini iaitu beriman kepada kitab yang diturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya. Di antara kitab itu adalah Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa. Maksud beriman dengan kitab Injil iaitu kitab Injil (asal) yang diturunkan kepada Nabi Isa dan bukanlah injil yang sudah diubah oleh tangan manusia.

    Sesiapa yang mengingkari kitab Injil yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Allah Isa adalah kufur dan keluar daripada agama Islam, murtad wal’iyazubillah.

    Tersebut dalam kitab suci al-Quran pada surah Ali Imran, ayat 1 hingga 4 dengan firman-Nya yang bermaksud: “
    Alif, Laam, Miim. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (al-Quran) dengan mengandungi kebenaran yang mengesahkan isi kitab suci yang sudah diturunkan dulu daripadanya dan Dia juga menurunkan kitab Taurat dan Injil. Sebelum (al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga menurunkan al-Furqaan (yang membezakan antara benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang yang kufur ingkar akan ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat”

    Kepada saudara yang bertanyakan benarkah kitab Injil menerangkan bahawa Isa anak Tuhan? Maka untuk permasalahan ini, saya ingin menyatakan berdasarkan kitab Injil menurut riwayat Barnaba kerana Injil ini adalah yang hampir dengan Injil yang asli. Namun Injil ini ditolak oleh penganut kristian. Terjemahannya iaitu:
    • 1. Barnabas Rasul Yesus (Isa) orang Nazaret yang bergelar al-Masih, menginginkan kesejahteraan dan hiburan bagi seluruh penduduk bumi.

    • 2. Wahai orang yang terhormat. Bahawasanya Allah yang Maha Besar, dan penuh ajaib sudah menilik kita pada hari-hari yang akhir ini dengan mengutus Nabi-Nya Yesus al-Masih, dengan rahmat besar untuk mengajar dan menjelaskan cara-cara yang sudah digunakan oleh syaitan sebagai alat untuk menyesatkan ramai orang dengan alasan takwa.

    • 3. Mereka menyebarkan ajaran kekufuran yang berlebihan.

    • 4. Mereka mendakwa bahawa al-Masih itu anak Allah SWT.

    • 5. Mereka menolak sunat yang selama ini diperintahkan oleh Allah SWT.

    • 6. Mereka menghalalkan setiap daging yang najis.

    • 7. Paulus juga sudah ikut serta di kalangan mereka, hal yang menyebabkan saya tidak bercakap mengenainya melainkan kesedihan.

    • 8. Ini yang mendorong saya menulis kebenaran yang sudah saya lihat dan mendengarnya ketika bergaul dengan Yesus, agar kamu semua selamat dan tidak disesatkan oleh syaitan yang akan membinasakan kamu pada hari pembalasan Allah.



    Demikian Mukadimah Injil Barnabas yang sudah diterjemahkan. Justeru, maksud beriman dengan kitab Injil iaitu kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa, bukan injil yang sudah diubah oleh tangan manusia.

    Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 171 yang bermaksud:
    “Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar, sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah, dan Kalimah Allah yang sudah disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan kamu mengatakan (Tuhan itu) tiga. Berhenti (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan kepada kamu. Hanya Allah SWT ialah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak..” Demikianlah.

    Jumaat, 18 Februari 2011

    Mendidik Hati Supaya Bersih & x dengki

    Diceritakan kepada sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
    Ini satu panduan terbaik buat kita menelusuri kehidupan di dunia dengan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Memang benar, ada manusia diberikan nikmat kurniaan dalam bentuk limpahan kekayaan kebendaan ataupun anak yang ramai.

    Dalam hal pemilikan harta kekayaan dunia, seharusnya kita meneliti bagaimana orang itu mendapat hasilnya. Mungkin kerana kecekapan dan kegigihan usaha penuh dedikasi sehingga memperoleh nikmat Allah itu. Kita fikir dan renunglah sebagai iktibar supaya turut sama berusaha gigih.

    Kita dilarang keras melakukan sebarang pengkhianatan ataupun perbuatan sabotaj terhadap usaha dan perolehan mereka.

    Cubalah kita membawa mata hati berfikir dan melihat kepayahan hidup orang lain yang lebih rendah daripada kita. Sudah tentu pada ketika itu kita berasa sangat bersyukur kerana berada dalam keadaan lebih baik.

    Ini sebenarnya inti pati hadis Nabi SAW yang mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki.
    Rasulullah SAW meminta kita sentiasa bersikap syukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sangat beruntunglah orang yang memeluk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikannya berasa puas terhadap apa yang Dia berikan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

    Namun, dalam aspek ibadah, kita harus melihat kepada orang yang lebih baik daripada kita. Jika ada kalangan sahabat atau ahli masyarakat yang hebat amal ibadat wajib mahupun sunat, perlu dijadikan ikutan supaya kita juga tergolong dalam kategori mukmin salih dan kuat beribadah.

    Ingat pesanan Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)

    Selain itu, perbuatan berdengki dengan nikmat dimiliki orang lain akan membawa kepada kemurkaan Allah dan menyebabkan si pelaku hilang pahala segala amalnya. Oleh itu, kita sewajarnya mendidik hati supaya bersih daripada tompokan rasa dengki.


    Isnin, 14 Februari 2011

    Nabi Muhammad Penyelamat Maruah Wanita Daripada Kehinaan

    Firman Allah SWT bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati Allah (pada masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

    Memperingati dan meraikan kelahiran Baginda SAW adalah satu tuntutan dan bukti kecintaan kita terhadap baginda. Hendaklah kita mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi terhadap Nabi akhir zaman yang menduduki tempat itu dalam senarai ‘The 100 Most Influential People in History’ seperti yang dipaparkan dalam tulisan Michael Hart.

    Kehebatan Nabi SAW dan kelahiran baginda telahpun diberitakan menerusi kitab Taurat dan Injil. Namun fakta itu disembunyikan oleh golongan Yahudi dan Nasrani disebabkan Nabi Muhammad SAW bukanlah daripada kalangan mereka tetapi orang Arab.
    Dalam al-Quran banyak diceritakan mengenai kelahiran Nabi SAW sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 107)

    Menurut jumhur ulama bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Suasana dunia ketika baginda dilahirkan ke dunia terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu empayar Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi (penyembah api).

    Ketika itu kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. Mereka dilayan sebagai alat memuaskan nafsu semata-mata. Mereka diperdagangkan, perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban bagi masyarakat Jahiliah.


    Kelahiran anak perempuan adalah satu kehinaan di sisi masyarakat Arab Jahiliah. Mereka sanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara lumrah. Bangsa Arab berada dalam keadaan huru-hara, tiada pemimpin negara kerana mereka lebih berbangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang kecil boleh mengakibatkan perseteruan berkurun tahun lamanya.


    Tegasnya, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, dunia berada di persimpangan kegelapan moral dan tauhid walaupun tegaknya dua tamadun empayar manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

    Diceritakan bahawa kelahiran Nabi SAW itu dikenali Tahun Gajah sempena tewasnya tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah bagi masyarakat dunia bertumpu ke gereja yang dibina di Syam, ibu kota Yaman seperti dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud: ”Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap tentera bergajah (yang hendak meruntuhkan Kaabah).” (Surah al-Fiil, ayat 1)
    Kemudian pada akhir ayat Allah berfirman bermaksud: “Dan Allah mengutuskan ke atas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu daripada tanah yang dibakar (sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah al-Fiil, ayat 5)

    Bapa Nabi SAW ialah Abdullah bin Abdul Muttalib seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika baginda berusia enam bulan dalam kandungan. Dikisahkan ketika baginda dilahirkan, Nabi SAW tidak menangis seperti bayi lain. Apabila Nabi berpaling ke arah Parsi, api sembahan kaum Majusi di Parsi (Iran) terpadam dengan tiba-tiba. Apabila berpaling ke arah ibu kota Rom, istana maharaja Rom bergegar, Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi berkenaan.

    Perkara ajaib yang berlaku adalah mukjizat kenabian yang Allah tunjukkan bagi tujuan agar masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan mengenali dengan Nabi Muhammad SAW. Ia juga sebagai suatu hikmah yang mana ia dapat menjawab segala tohmahan orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi Nabi yang sebenarnya dipelihara oleh Allah sejak lahir lagi.

    Siti Aminah, bonda Nabi ditakdirkan meninggal dunia ketika usia Nabi enam tahun. Kemudian baginda dipelihara datuknya Abdul Muttalib. Pada usia lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudara Nabi memeliharanya sehingga baginda meningkat dewasa dan membawanya ke Syam untuk berjumpa pendeta Nasrani, Buhara/Bahira serta melihat tanda nubuwah Nabi. Pendeta itu memperingatkan Abu Talib agar menjaga Muhammad daripada orang Yahudi dan Nasrani, jika mengetahuinya mereka akan membunuh anak saudaranya itu.


    Pengajaran dan iktibar daripada kisah perjalanan hidup (sirah) Nabi Muhammad SAW ketika lahir dan dibesarkan oleh Abu Talib penuh dengan liku, menjadi anak yatim pada usia kecil memang satu dugaan besar. Ini membentuk jiwa yang kental, sabar dan tabah.

    Mukjizat yang berlaku terhadap Nabi pada saat kelahirannya dan sepanjang zaman membuktikan bahawa Nabi akhir zaman itu sebagai pemimpin dan penyelamat umat manusia sejagat.

    Memperingati ulang tahun kelahiran Nabi SAW memang digalakkan tetapi hendaklah bersesuaian dengan cara yang tidak bercanggah dengan syariat agama.


    Hendaklah umat Islam mengikuti sunnahnya, bercakap benar (siddiq), beramanah (amanah), menyampaikan (tabligh) dan bijaksana (fatanah). Antara sunnah harian Nabi ialah membaca doa sebelum dan selepas makan. Membaca doa sebelum dan apabila bangun tidur. Membaca doa sebelum keluar dan ketika balik ke rumah. Masuk tandas dengan kaki kiri dan doa, keluar tandas dengan kaki kanan dan doa. Mengucup hujung jari selepas makan, membaca doa selepas wuduk, membaca doa semasa pergi ke masjid, masuk masjid dan keluar masjid, membaca doa ketika memulakan (menaiki) kenderaan.

    Sirah Nabi ketika kecil tidak pernah menyembah berhala dan terbabit dalam kehidupan sosial Arab Jahiliah yang penuh kekufuran dan kesyirikan. Menyayangi orang miskin, ibu tunggal, anak yatim dan berusaha membantu mereka, selain menghindari semua kejahatan Jahiliah seperti judi, minuman keras dan sebagainya. Berkelakuan lemah lembut sehingga Baginda dikenali sebagai as-Siddiq (yang benar) dan al-Amin (yang dipercayai).

    Nabi SAW pernah melihat Yahudi berpuasa asyura sempena memperingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Firaun, dan bersabda : “Kami adalah lebih berhak daripada kamu mengenai Musa (amalan berpuasa).” Maknanya, Nabi sendiri memperingati peristiwa agama. Maka sudah tentulah kita umat Islam perlu mengingati kelahiran Nabi SAW.

    Kita digalakkan memohon kepada Allah SWT agar diberi dorongan dan kekuatan untuk terus berusaha menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang terbaik (khaira ummah) dan sebagai ummatan wasata (umat pilihan/umat teladan) dan menjadi saksi di antara sekalian umat manusia sejagat.

    Firman Allah bermaksud: “Supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia. Oleh itu dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, dan Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 78)

    Oleh Ibrahim Abdullah


    Sabtu, 12 Februari 2011

    Cetek Ilmu Punca Persoal Larangan Rai Hari Kekasih

    Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlu ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang antara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir tetapi perlu diikat akad yang kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi.

    Ikatan perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia kerana matlamatnya menjadikan masyarakat stabil, aman dan harmoni. Keindahan menzahirkan kasih sayang itulah dianjurkan Islam dan disemai setiap hari tanpa perlu menunggu satu hari dalam setahun.

    Apatah lagi, jika jelas kesan daripada sambutan itu menjurus kepada perkara tidak baik apabila ada pihak melakukan perbuatan menyalahi syarak semata-mata untuk membuktikan apa yang dikatakan ‘kasih sayang’.

    Oleh Hasliza Hassan

    Sambut perayaan Kristian Perlekeh Akidah, Pegangan Muslim

    PANEL Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

    Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam.”
    Hakikatnya larangan bagi meraikan sambutan Hari Valentine berpaksikan kepada dua alasan utama iaitu pertama, ia dilarang nas syarak dan kedua ia mampu mendatangkan kesan kehancuran yang besar kepada agama, bangsa dan negara.
    Menurut Rizki Ridyasmara dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.

    Bagaimanapun, berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine.

    Pendapat pertama mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

    Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.
    Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

    Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu yang memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kerana beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

    Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keagungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.

    Pendapat ketiga, ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St Valentine ialah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu.

    Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

    Pendapat keempat pula berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.

    Berdasarkan versi itu, jelaslah tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan sudah terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan akidah Islam dan orang Islam sendiri.

    Jumaat, 11 Februari 2011

    Rasulullah Ikutan Yang Baik

    Rasulullah S.A.W diutuskan untuk mengajarkan umat manusia berakhlak mulia, sama dalam berhubungan dengan Allah dan sesama manusia. Ada banyak contoh akhlak mulia diajarkan Rasulullah SAW dalam berhubungan sesama manusia antaranya ialah menepati janji.


    Memang diakui kita tidak terlepas daripada membuat janji ketika menjalani kehidupan seharian. Contohnya, suami berjanji dengan isterinya, ayah berjanji dengan anaknya, sahabat berjanji dengan sahabatnya, rakan sekerja berjanji rakannya, pekerja berjanji dengan majikannya, pemimpin berjanji dengan rakyatnya dan begitulah sebaliknya.

    Malah, ada kala seseorang itu berjanji juga dengan Allah atau bersumpah dengan nama-Nya untuk melakukan perkara kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. Hakikatnya Islam tidak melarang umatnya berjanji dengan sesiapa pun, asalkan janji itu ditepati dan ditunaikan, khususnya dalam perkara kebajikan.

    Oleh Mohd Shukri Hanapi

    Rabu, 19 Januari 2011

    AQIDAH TAUHID : KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH


    La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) merupakan bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah.

    Muhammad Rasulullah (Muhammad Utusan Allah) adalah bahagian keduanya. Ia bermaksud, pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW.

    Mentauhidkan Allah dengan makna makrifat yang sebenarnya hendaklah merangkumi tiga perkara iaitu :

    1. Tauhid Rububiyyah
    2. Tauhid Uluhiyyah
    3. Tauhid Al-AsmaӪ was Sif̢t

    TAUHID RUBUBIYYAH

    Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb (رب) dan dari konteks linguistik, ia mengandungi beberapa maksud seperti berikut:

    1. Pemeliharaan anak atau pemeliharaan kebun. Ia menjaga dari segala kesusahan kerana ia bertugas sebagai pemelihara, penjaga, pengasuh segala urusan yang berhubung dengan anak atau kebun.
    2. Pemimpin atau pembela umat. Apabila ia memerintah ia menjalankan kepimpinan dan hukum; dan ia dianggap sebagai pemimpin masyarakat.
    3. Majikan yang menjaga dan mengawasi rumah atau memilikinya juga digunakan sebagai penternak atau gembala. Ia bererti ada pertaliannya dengan fungsi raja yang memerintah, mendidik dan membela serta mengawasi. Jika perkataan Rabb digunakan untuk Dzat Ilahi, maka hakikatnya Allah merupakan Raja bagi segala makhluk. Ia sebagai Tuhan, sebagai Raja bagi segala raja, yang Maha Agung dan Maha Hakim serta tidak ada yang lebih agung dan hakim selainNya. Dia yang menjadikan alam semesta dengan pengaturan yang rapi, pemeliharaan dan pengendalian pergerakan seluruh alam.

    Dari segi istilah syara”™, Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada mencipta alam, mengurus dan mentadbirkannya, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan seterusnya, di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan qadar.

    Tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam, kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini. FirmanNya di dalam Surah Yunus ayat 10:

    “Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”�

    Rujuk juga surah Az-Zukhruf ayat 87, Al-Ankabut ayat 61 dan 63

    Keingkaran manusia kepada adanya pencipta hanya kerana kesombongan dan ketakburan, bukan bererti fitrah manusia menolak adanya Pencipta. Kerana itu apabila kepompong kesombongan yang mengurung fitrah itu hilang, maka tanpa disedari manusia pada suatu waktu terpaksa menyerahkan dirinya kepada kekuasaan Allah dan meminta tolong kepadanya. Hakikat ini menjadi ketara apabila manusia menempuh detik-detik genting di mana segala pengharapan terputus, kecuali yang bersandar kepada Yang Maha Esa. FirmanNya di dalam surah Luqman ayat 32:

    “Apabila mereka dilamun ombak yang (besar) seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya. Tetapi tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke daratan, maka sebahagian mereka sahaja yang tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar”�

    Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta, sudah semulajadi dibekalkan ke dalam naluri manusia. Oleh yang demikian, perbahasan mengenai Tauhid Rububiyyah bukanlah merupakan sasaran utama perbincangan Al-Quran. Persoalannya adalah sama ada fitrah ini dibentuk, dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Jika dibanteras, bermakna manusia tersebut menzalimi dirinya sendiri. Sekiranya terseleweng maka akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini, celakalah dia di neraka nanti.

    Dan seandainya naluri ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya, maka pasti akan menatijahkan keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta, Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian ““ ringkasnya pengiktirafan uluhiyah Allah secara mutlak dan serba merangkumi:

    TAUHID ULUHIYYAH

    Iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah, dengan mahabbah (cinta) kepadaNya, khauf (takut) kepadaNya, raja”™ (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah. Tidak ada sekutu bagiNya, tidak dijadikan ibadat itu kepada selainNya. Seterusnya menerima segala hukum dengan yakin dan redha.

    Perkataan Ilah lazimnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai TUHAN. Penterjemahan itu tidaklah salah tetapi pemahaman Bahasa Melayu terhadap perkataan Tuhan tidak merangkumi keseluruhan makna Ilah yang dikehendaki oleh nas syara”™. Selain daripada Allah, perkataan Tuhan ditujukan kepada patung-patung berhala atau dewa-dewi Hindu dan Buddha. Orang Melayu yang beragama Islam yang tidak menyembah patung-patung itu tadi sudah tentu menganggap bahawa mereka sudah menyempurnakan kewajipan mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dan bebas daripada syirik. Sedangkan pemahaman serpihan terhadap makna Ilah itu tadi akan mendedahkan mereka kepada pelbagai syirik lain yang boleh berlaku tanpa disedari dan di luar kefahaman.

    Untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah kita perhatikan kepada penggunaan perkataan ILAH di dalam Al-Quran:

    “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ILAHnya”¦”� (Al-Jatsiyah : 23)

    Di dalam ayat ini Allah SWT telah menujukan perkatan ILAH kepada hawa nafsu. Sudah tentu perkataan ILAH yang diertikan sebagai tuhan menurut kefahaman biasa tidak akan dapat menggambarkan hawa nafsu sebagai tuhan. Ini membuktikan bahawa perkataan ILAH mempunyai makna yang jauh lebih luas dari perkataan tuhan yang biasa.

    Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan perbincangan, kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu:


    1. Tuhan menurut pengertian lazim
    2. Tumpuan atau matlamat pengabdian
    3. Tempat perlindungan
    4. Tumpuan kecintaan
    5. Pemberi rezeki
    6. Sumber perundangan


    1.   TUHAN ““ Menurut Kefahaman Lazim

    Kalimah syahadah membawa pengertian bahawa tiada tuhan melainkan Allah, suatu hakikat yang telah kita sedia maklumi. FirmanNya:

    “Allah menyaksikan bahawsanya tidak ada ILAH melainkan DIA. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga mengatakan demikian juga). Yang menegakkan keadilan”¦”� (Ali Imran : 18)

    Allah sahajalah Tuhan di langit dan di bumi, pendeknya di seluruh alam.

    “”¦Dan Dialah ILAH di langit dan di bumi, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”� (Az-Zukhruf : 84)

    Sebagai Tuhan yang tunggal, segala kekuasaan dan penciptaan secara multak adalah hakNya sahaja.

    “Katakanlah (Wahai Muhammad) : Ajaklah mereka yang kamu anggap (mereka itu berkuasa) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langit mahupun di bumi. Dan mereka tidak mempunyai saham sedikit pun dalam pencapaian langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya.”� (Sabâ : 22)

    2.  ILAH ““ Tumpuan Dan Matlamat Pengabdian

    Kita mengakui bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan Allah sahajalah tumpuan serta matlamat pengabdian kita, tidak yang lain.

    Bahkan sememangnya manusia dan jin itu diciptakan oleh Allah untuk tujuan pengabdian kepadaNya. Firman Allah:

    Penyembahan dan pengabdian ini dilakukan dengan melaksanakan ibadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu juga, perkataan ibadat mestilah difahami menurut pengertiannya yang sebenar agak ia tidak dipandang sempit. Pengaruh sekularisma yang memisahkan agama daripada kehidupan mendorong masyarakat agar memahami ibadat sebagai aturcara manusia berhubung dengan Tuhannya semata-mata tanpa ada kaitan dengan urusan kehidupannya di dunia dan hubungannya sesama manusia. Sedangkan kalimah syahadah menuntut supaya ibadah itu dilakukan setiap masa, di setiap tempat, meliputi dan menyerapi setiap aspek serta ruang lingkup hidup insaniah.

    “Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam”� (Al-An”™am : 162)

    “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.”� (At-Taubah : 31)

    Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah iaitu ialah, seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata-mata.

    3.  ILAH ““ Tempat Perlindungan

    Kepercayaan dan kefahaman tentang kuasa Allah sudah tentu akan mewarasi fikiran bahawa tidak ada siapa yang mampu memberikan perlindungan secara mutlak selain daripada Allah. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung terus kepada keizinanNya. Dia bebas mencabut keizinan itu pada bila-bila masa dan tinggallah insan itu berpaut pada dahan yang rapuh.

    Maksud ILAH sebagai tempat perlindungan dapat dilihat dari ayat-ayat berikut sebagai contoh:

    “Katakanlah : Aku berlindung dengan Rab manusia, Raja Manusia, ILAH manusia”� (An-Nas : 1-3)


    “Dialah Rab timur dan barat, tiada ILAH melainkan Dia. Maka terimalah Dia sebagai Pelindung.”� (Al-Muzammil : 9)

    Natijahnya, akan timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat atau mudharat (lihat Al-Ma”™idah : 76). Ia juga akan membebaskan dari segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah. Dengan cara ini akan hilanglah rasa gentar untuk melaksanakan hukum hakam Allah, walaupun terpaksa berhadapan dengan apa sahaja cabaran menurut perhitungan manusia.

    Segala kemegahan dan kekuasaan kuasa-kuasa makluk itu akan menjdi fatamorgana yang sementara, tidak ubah seperti gagah perkasanya patung wayang kulit. Apabila selesai persembahan maka akan terhimpit-himpitlah mereka antara satu sama lain di dalam peti yang sempit, hinggakan yang paling gagah sebentar tadi akan berada di susunan paling bawah tertindas (lihat Al-Baqarah : 150)

    4.  ILAH ““ Tumpuan Kecintaan

    Bagi mereka yang benar-benar mempersaksikan La Ilaha Illallah, maka Allah sahajalah yang menjadi tumpuan kecintaan mereka bahkan tiada yang menyamai atau menyaingi kecintaan tersebut. Perhatikan maksud ayat-ayat berikut:

    “Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah semua itu lebih kamu cintai dari cinta kamu kepada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya? Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (durhaka). (At-Taubah : 24)

    “Dan ada di antara manusia orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui tatkala mereka melihat azab”¦”� (Al-Baqarah : 165)

    Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah hasil kecintaan kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

    “Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya dia akan merasa kemanisan iman, iaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari segala sesuatu selain keduanya, apabila seseorang mengasihi seseorang yang lain kerana Allah, dan apabila dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana bencinya ia untuk dicampakkan ke dalam api neraka”� ““ Riwayat Bukhari dan Muslim

    5.  ILAH ““ Pemberi Rezeki

    Kalimah Syahadah menerangkan bahawa Allah sahajalah yang memberi rezeki, manakala makluk pula hanyalah pembawa atau penyampainya sahaja dan bukannya sumber yang boleh menambah atau menguranginya walau sebesar zarah. Ini adalah hakikat yang nyata, tetapi manusia selalu terlupa terutamanya apabila mereka hilang pertimbangan ketika mengharungi pancaroba dan cabaran hidup.

    “Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki dari langit dan bumi? Tiada ILAH selain Dia. Maka di manakah akalmu? (Al-Fatir : 3)

    “Katakanlah: Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaranmu, dan penglihatan serta menutup qalbumu? Apakah ada ILAH selain Allah yang berkuasa mengembalikan (itu semua) kepadamu? (Al-An”™am : 46)

    Menerima Allah sebagai ILAH yang satu-satunya memberikan rezeki, akan mendatangkan kesedaran bahawa memilih jalan yang tidak diredhai Allah tidak akan menambah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita walaupun seberat zarah. Begitu juga, dengan mentaati perintah Allah tidak sekali-kali akan mengurangkan rezeki kita walaupun sekecil mana pun ia. Maka betapa sia-sianya usaha dan ikhtiar yang durhaka kepada Allah.

    6.     ILAH ““ Sumber Perundangan

    ILAH juga membawa pengertian sebagai Zat yang kepadanya kita rujuk untuk mendapatkan ketentuan baik dan buruk, untuk mendapatkan hukum dan keputusan yang akan dipatuhi. Ia adalah aqidah yang terhasil daripada kefahaman bahawa Allah adalah satu-satunya ILAH yang Maka Perkasa, mempunyai kekuasaan yang mutlak, keagungan yang tidak terbanding. Kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu itu tidak mungkin boleh dibahagi-bahagi. Ulamak bersepakat bahawa, seseorang itu menjadi kafir jika dia beriktiqad bahawa ada hukum yang lebih baik, adil dan praktikal berbanding dengan hukum Allah, atau ada sistem yang lebih baik atau setanding dengan syariatNya.

    “Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”� (Al-Maidah : 44)

    Suatu ketika, seorang sahabat yang dahulunya beragama Nasrani, iaitu “˜Adi bin Hatim RA telah mendengar Nabi SAW membacakan sepotong firman Allah :

    “”¦ Mereka (Ahli Kitab) menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sdebagai Rab selain Allah, dan (juga mereka melakukan hal yang sama kepada) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah ILAH yang Maha Esa. Tiada ILAH selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”� (At-Taubah : 31)

    Lantas beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, bahawa kami (yakni orang Nasrani) tidak pernah menyembah mereka!. Jawab Rasulullah SAW, “Tetapi mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, dan kemudian kamu patuh kepadanya. Dengan demikian itu kamu menyembah mereka.”� ““ Maksud hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Jarir.

    Ketentuan untuk memutuskan halal atau haram, sah atau tidak, baik atau buruk, adalah hak Allah semata-mata.. Segala sesuatu yang berkaitan dengan hal ini mestilah tunduk dan patut kepada wahyu Allah.. Undang-undang yang kita iktiraf hanyalah undang-undang Allah, atau sesuatu yang bersumber daripada undang-undang Allah, dan pastinya tidak bertentangan dengan ketetapanNya.

    “Menetapkan hukum itu adalah hak Allah.”� (Al-An”™am : 57)

    “Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka Ad-Din yang tidak diizinkan Allah?”� (Asy-Syura :21)

    Syahadah kita menuntut supaya kita menentang dan membenci segala perundangan yang durhaka kepada Allah, dan inilah tanda keimanan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

    “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu maka hendaklah merubahnya dengan lisannya dan jika tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”� ““ Riwayat Muslim

    Ketaatan kita adalah kepada Allah, maka tiadalah kita terikat kepada undang-undang dan akta-akta ciptaan manusia sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah. FirmanNya:

    “Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah, bagi orang-orang yang yakin?”� (Al-Maidah : 50)

    Sifat senang dan suka kepada hukum yang selain daripada hukum Allah, adalah sifat munafiq dan dilaknat oleh Allah. FirmanNya:

    “Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari taghut itu. Dan syaitan itu bertujuan mahu menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu semua (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, nescaya kamu lihat orang-orang munafiq akan menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya daripada (mendekati) kamu”� (An-Nisa”™ : 60-61)

    TAUHID AL-ASMA”™ WA AL- SIFAT

    Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai Al-Asma”™ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan.

    Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma”™ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan keIslaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama Ar-Rahman . Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”�. Lalu Allah menurunkan firmanNya:

    “Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)”� (Ar-Ra”™d : 30)

    Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah SWT tetapi mereka ingkarkan nama Ar-Rahman dengan maknanya yang sebenar, begitu juga dengan sifat-sifat Allah. Bahkan mereka mengada-adakan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.


    PENUTUP

    Perlu dijelaskan di sini bahawa enam bahagian pengertian dan pengolahan maksud serta implikasi perkataan ILAH diketengahkan di sini adalah dalam rangka untuk memudahkan pengupasan tajuk dan bukannya untuk membataskan maksud-maksud serta implikasi yang terkandung di dalam Al-Asma”™ul Husna. Bahkan nama-nama dan sifat Allah yang mulia itu adalah kesimpulan kepada semua intipati Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah itu sebenarnya.

    Bertafakurlah terhadap Al-Asma”™ ul Husna nescaya ia akan membukakan hati kita kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap Uluhiyah dan Rububiyyah Allah SWT secara multak, tanpa sekutu dan tanpa bandingan.

    Di dalam persoalan fiqh, pada keadaan-keadaan tertentu, kita dibolehkan bertaqlid kepada imam yang mujtahid. Tetapi di dalam masalah aqidah, ia tidak mungkin berlaku sedemikian rupa bahkan setiap individu wajiblah meyakinkan diri terhadap akidah yang dipegangnya secara ikhlas. Wallahu AӪlam Bis Saw̢b!

    Diadaptasikan daripada:

    1. Beriman Kepada Allah, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan dan Cetakan GG Edar, Cetakan Pertama, 1992.
    2. Risalah Usrah Jilid 1 (Versi Asal Dengan Pendahuluan Oleh Haji Abdul Hadi Awang), Abu “˜Urwah, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Pertama, 1986.
    3. Al-Islam ““ Syahadah dan Perkara-Perkara Yang Membatalkannya, Said Hawwa, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Kedua, 1992.